​KENAPA PELANGGAN SENYAP LEPAS BAGITAHU HARGA?

Soalan:

Saya dah berjaya dapat nombor telefon prospek yang berminat untuk tahu tentang produk.
Selepas saya bagi harga, prospek terus senyap.
(Bluetick di Whatsapp, tapi tiada respon).
Jawapan:
1) Kami pun sentiasa ada cabaran yang sama sehingga hari ini.
2) Ada terlalu banyak sebab yang boleh membuatkan prospek masih belum bersedia untuk respon kembali.
3) Satu daripada sebab biasa adalah TRUST & Value.
4) Apabila kita dapat peluang untuk berkomunikasi dengan prospek (yang belum pernah kenal kita), jangan gelojoh untuk cerita tentang produk.
5) Bina kepercayaan secara berperingkat dengan bertanyakan soalan yang memerlukan komitmen kecil.
6) Sebagai contoh, 
“Puan nak tahu tentang produk X kan? Saya suka untuk berkongsi manfaatnya pada puan. Tapi saya perlu pastikan puan sesuai atau tidak guna produk ini.
Soalan ringkas saya, puan memang ada masalah Y atau masalah lain yang berkaitan dengan masalah Y?
Kalau puan dapat spend time jawab soalan ini, maka saya berbesar hati untuk bantu.”
7) Contoh ayat di atas adalah cara berbual untuk dapatkan komitmen kecil daripada prospek.
8) Komitmen-komitmen kecil ini akan BESARKAN nilai KEPERCAYAAN.
9) Sentiasa ingat bahawa memperoleh peluang untuk berkomunikasi dengan prospek adalah peluang keemasan.
10) Jangan sia-siakan peluang itu dengan menjadi salesman yang gelojoh.
11) Pastikan kita berbual untuk memahami pelanggan. Bukan berbual untuk mengambil kesempatan.
Boleh tolong SHARE tip ini di FB anda? Supaya kita berdua dapat banyak manfaat dan pahala (Insha Allah) kerana sebarkan kebaikan kepada orang yang memerlukan.
Kreditkan saja nama Aqif Azizan

Trump, Najib, Ringgit & USD

Sellling off di emerging Market

Tadi, Ringgit hit 1USD = MYR 4.51 (Highest MYR 4.71)
Dah start dah bunyi ni salah GST, Najib dan 1MDB.

Ada yang petik sebab Kak Mah beli cincin.

Itu tak leh blah.Haha.

Tenang kawan.

Hampir semua emerging markets sekarang tengah sell-offs, lagi lagi negara Asia.

Kenapa?
1. Indeks USD sedang naik mencanak.

Indeks USD sedang lompat tikam kerana:

a) Majoriti di pasaran tengah betting yang interest rate di US akan dinaikkan oleh Fed.

80% Probability katanya

Kerana kenaikan ini adalah perlu dilakukan untuk mengawal inflasi jika Trump benar benar goes for a spending spree.

Maka berjemaahlah para pelabur mencairkan pegangan matawang mereka untuk tukar semula ke USD.

b) Prospek bahawa Trump akan berbelanja banyak untuk pembangunan infrastruktur dalaman US lepas dia pegang kuasa.

Walaupun perbelanjaan ini akan mengakibatkan inflasi secara dalaman di US, namun perbelanjaan ini tetap dilihat sebagai sebuah economic boost di US.

Maka ianya masih menjadi khabar positif buat matawang USD yang seterusnya merangsang USD indeks untuk naik menekan matawang lain.

Jadi bila USD Indeks naik, semua matawang lain akan jatuh berbanding USD, bukan MYR sahaja..

HKD, TWD, KRW, CNY RMB,  semua tergolek dog jugak.

Paling teruk setakat ini, adalah MXN pesos (All time low!) diikuti oleh IDR (lowest since 2011) untuk emerging markets.

Makanya bila USD Indeks naik, semua matawang lain akan jatuh berbanding USD, bukan MYR sahaja..HKD, TWD, KRW, CNY RMB, semua tergolek dog jugak.  Paling teruk setakat ini, adalah MXN pesos (All time low!) diikuti oleh IDR (lowest since 2011) untuk emerging markets.

2.  Dasar Trump yang masih samar.

Satu dunia masih tertanya-tanya dasar ekonomi jenis apa yang akan dibawa oleh Trump.

Dan FYI, pasaran/pelabur memang tidak suka akan ketidakpastian.

Maka beramai-ramailah pelabur menjual bonds diseluruh dunia.

Pelabur/Spekulator mencairkan bond bond mereka untuk menunggu stimulus baru daripada kerajaan yang baru dipilih.

Lebih $1 Trillion telah ‘hilang’ dipasaran bonds sejak kemenangan Trump kelmarin.

Dan sememangnya telah berlaku global debt selloff sejak 2 3 hari ini.

 

Menggunakan MSCI, kita boleh dapati selain daripada negara Latin dan Mexico, negara yang terkesan daripada kemenangan Trump adalah emerging markets yang termasuklah Malaysia.

 

 

3. Stocks and Komoditi.

Apabila berlaku keputusan-keputusan diluar jangkaan seperti kemenangan Trump sebagai presiden US.

Biasanya, akan berlaku pelupusan ‘risky assets’ seperti saham dan komoditi minyak mentah oleh para pelabur kesan daripada sakit jantung tersebut.

Macam aku kata tadi, ketidakpastian/ketidak tentuan itu is a “no-no” dalam pasaran.

Jadinya kebanyakkan para pelabur telah ‘melarikan’ diri ke safe heaven assets seperti Yen, pasaran gold dan juga tak lain tak bukan USD!

Yang seterusnya menyumbang kepada kenaikan Indeks USD seperti di No 1

Kesannya, selepas kemenangan Trump kelmarin, harga crude telah turun lebih dari 5% keparas 44USD setong berbanding 46USD setong sehari sebelum itu.(49USD/setong pada 2 minggu lepas)

Dan malang buat Malaysia, para pelabur masih menggunakan matematik bila minyak jatuh, ringgit juga wajib jatuh.

Menambah luka, Opec juga kelihatan seakan akan telah mungkir janji untuk cut oil supply kerana till today supply makin meningkat hari demi hari.

Dah takde duit kot arab arab ni barangkali.

Indonesia tengah lead dalam kejatuhan di emerging markets Asia, IND Rupiah 2011 low.

4. Emerging market antara yang paling terkesan

Menggunakan MSCI, kita boleh dapati selain daripada negara Latin dan Mexico, negara yang terkesan daripada kemenangan Trump adalah emerging markets yang termasuklah Malaysia.

Kenapa terkesan? sebab ada ura ura Trump akan memperkenalkan polisi dagangan yang lebih ketat dan menguntungkan US daripada negara-negara dagangan seperti China, Mexico dan termasuklah kita, Malaysia.

This explains kenapa MXNP,HKD, TWD, KRW, CNY RMB,  semua tergolek dog jugak selain faktor seperti yang aku sebut di No 1&3.

Kalau perasan semuanya matawang dari negara yang boleh dikategorikan sebagai trading partner US.

Nota kaki: Tu belum lagi kalau kita ambil kira spills over dari trade chain reaction kalau Trump betul betul impose 45% more duti dagangan China di US macam yang dibawak dalam manifesto dia sebelum ini!

Apabila berlaku keputusan-keputusan diluar jangkaan seperti kemenangan Trump sebagai presiden US. Biasanya, akan berlaku pelupusan risky assets seperti stocks dan komoditi oleh para pelabur kesan daripada sakit jantung tersebut.

Kesannya, selepas kemenangan Trump kelmarin, harga crude telah turun lebih dari 5% keparas 44USD setong berbanding 46USD setong sehari sebelum itu.

5. Laporan Bank Negara

Yang ni mungkin memberi impak paling minimal berbanding sebab sebab diatas. Tapi worth to mention.

Harini, bank negara juga due untuk melaporkan data GDP, Factory output dan akaun semasa negara.

Macam biasa speculator akan amik peluang untuk speculate the currency.

Dengan keadaan ekonomi dunia sekarang, rumors untuk GDP itu menguncup paling senang digembar gemburkan.

Short MYR all the way then.

Kita ni negara kecil saja kawan.

Rajinkan sikit tangan mencari maklumat, bukak sikit minda.

p/s: Nak beli saham eksport pun tengok tengok juga, jangan silap bedal ye kawan-kawan. Pasaran saham bukan money changer.

Tulisan Diambil dari

FB : Khairul Azri AKA Thor

#TipsBisnes : ​Jangan cakap 4 perkara ini dihadapan pelanggan, jika mahu bisnes yang berjaya!

Pelanggan masuk, sambil menunggu isteri memilih barangan di kedai kita, si suami pun berbicaralah dengan kita…. 

Tapi kita buat silap dengan guna topik yang kita rasa pelanggan akan ‘rasa dekat’ dengan kita, tapi kesan sebaliknya yang berlaku.

Rugi.. Rugi… Kali itu sahajalah beliau datang. Nama kedai atau nama kita pun beliau malas nak ingat.

Jadi elak guna 4 topik ini untuk rasa nampak ‘cool’ pada bisnes kita itu :

1- Kebolehan bisnes yang kita ada.

Meninggi diri ada hadnya. Simpan untuk motivasi pada staff dan untuk diri sendiri. 

Pelanggan datang membeli bukan untuk rasa bangga akan kebolehan berbisnes kita, tapi tentang bagaimana pelanggan itu boleh rasa bangga dengan pengalaman membeli dan menggunakan produk kita. Fokus disitu.

2- Cerita ekonomi yang suram atau cerita-cerita yang tidak bagus tentang industri bisnes kita.

Adakah tujuan kita mengeluh dapat menghasilkan jualan yang lebih banyak dan berkualiti daripada pelanggan? Semestinya tidak. 

Sepatutnya kita sendiri mendengar keluhan dari pelanggan dengan sepenuh perhatian. Atasinya dengan produk/servis kita. Bukan kita yang menagih simpati!

3- Susah payah kita bangun dalam bisnes.

Saya pernah membeli pakaian disebuah butik yang agak terkenal. Pemiliknya bercerita tentang kedainya dahulu tidak mempunyai banyak pilihan seperti sekarang. 

Mulalah satu persatu beliau bercerita apa yang beliau buat pada bisnesnya. Pelanggan (sayalah tu 😅) mulai hilang tumpuan untuk membeli. “Ok. Saya tengok-tengok dahulu..”

4- Berikan hujah mengapa kita tidak jual apa yang pelanggan mahukan.

Jangan terkejut ada usahawan akan berhujah tentang perkara ini. Senang cerita, usahawan itu pergi salahkan produk itu yang tidak baguslah.. tidak berkualiti.. mahal..

Tapi sebenarnya kita yang tidak mampu sediakan. Apa yang betulnya? Mohon maaf kata kita tidak menjualnya, dan bertanya adakah mereka mahu mencuba jenama yang lain? (salah satu contoh yang boleh dibuat dalam skrip menjual)

Kesimpulannya, kita perlu bersungguh-sungguh menetapkan  bagaimana cara kita berfikir ketika menjual pada pelanggan (perkataan popularnya : Mindset!)

Tetapkan yang kita akan mendengar sepenuh perhatian, bertanya soalan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat, dalam membantu dan memahami sepanjang mereka disisi kita.
Satu kerugian jika kita lepaskan peluang untuk membina kepercayaan dan kredibiliti bisnes kita dengan psikologi menjual yang lebih baik.
Bisnes sekarang, lebih kepada kepada menjaga hubungan dengan pelanggan, disamping mempunyai customer service dan ‘value’ yang baik.
“Menang secara psikologi, barulah pelanggan rasa pengalaman yang tersemat dihati!” 😉

Credit Shahrizal Redwan

CEO ABS Optomedik.

Retirement Gap

 

cukup-wang-untuk-bersara

Ketika merancang jumlah dana persaraan yang diperlukan.

Kebanyakkan daripada kita mendapati terdapat lompong yang perli diisi dan kita tidak tahu daripada mana jumlah wang tersebut dapat kita perolehi untuk mengisi kekurangan dana persaraan tersebut.

Antara cara paling mudah adalah dengan mengunakan Simpanan KWSP akaun 1 dan melaburkan dalam Unit Amanah.

Walau bagaimana pun, tidak semua unit amanah adalah baik untuk dana persaraan tersebut.

Selalunya saya cadangkan dana yang mampu memberi pulangan sehingga 12% setahun iaitu lebih 2 kali ganda dari EPF dan hanya pada jumlah tertentu maksudnya bukan semua Simpanan EPF.

Kenapa? Sebab perlu diingat EPF adalah Kapital Protected Manakalan Unit Amanah Tidak.

Cumanya bila melabur wang EPF, kita mesti melabur dengan strategi. Pastikan ada entry plan dan exit plan.

Sekian untuk hari ini. Saya doakan pembaca semua murah rezeki dan hidup diberkati.

“Clinically Smart, Financially Educated”

Dr Azhari Hiddleston
MD (UKM), OHD, CMIA, MRO, FAR

Artikel Menarik :

1- #TipsSifu : Tips Membeli Rumah 

2- #TipsSifu : Pasang Aircond. Cara Mengira Kos Bayaran Aircond Bulanan

3- #TipsSifu : Apa Beza Pelaburan & Simpanan

4- #NasihatSifu : Apabila Berbual Dengan Kawan Kawan..

5- #SharingSegment : Pekerja Yang Datang Lambat, Tapi Superb Part 2  

6- #SharingSegment : Pekerja Yang Datang Lambat, Tapi Superb Part 1

7- Kisah Seorang Pendoa

8- Mr Vios Vs Mr Estima

9- Pelaburan Yang Memberi Kesan Pada Masa Panjang

10- Aset Terpenting Yang Tidak Di Sedari

11-Melaburlah Dengan Cemerlang