Trump, Najib, Ringgit & USD

Sellling off di emerging Market

Tadi, Ringgit hit 1USD = MYR 4.51 (Highest MYR 4.71)
Dah start dah bunyi ni salah GST, Najib dan 1MDB.

Ada yang petik sebab Kak Mah beli cincin.

Itu tak leh blah.Haha.

Tenang kawan.

Hampir semua emerging markets sekarang tengah sell-offs, lagi lagi negara Asia.

Kenapa?
1. Indeks USD sedang naik mencanak.

Indeks USD sedang lompat tikam kerana:

a) Majoriti di pasaran tengah betting yang interest rate di US akan dinaikkan oleh Fed.

80% Probability katanya

Kerana kenaikan ini adalah perlu dilakukan untuk mengawal inflasi jika Trump benar benar goes for a spending spree.

Maka berjemaahlah para pelabur mencairkan pegangan matawang mereka untuk tukar semula ke USD.

b) Prospek bahawa Trump akan berbelanja banyak untuk pembangunan infrastruktur dalaman US lepas dia pegang kuasa.

Walaupun perbelanjaan ini akan mengakibatkan inflasi secara dalaman di US, namun perbelanjaan ini tetap dilihat sebagai sebuah economic boost di US.

Maka ianya masih menjadi khabar positif buat matawang USD yang seterusnya merangsang USD indeks untuk naik menekan matawang lain.

Jadi bila USD Indeks naik, semua matawang lain akan jatuh berbanding USD, bukan MYR sahaja..

HKD, TWD, KRW, CNY RMB,  semua tergolek dog jugak.

Paling teruk setakat ini, adalah MXN pesos (All time low!) diikuti oleh IDR (lowest since 2011) untuk emerging markets.

Makanya bila USD Indeks naik, semua matawang lain akan jatuh berbanding USD, bukan MYR sahaja..HKD, TWD, KRW, CNY RMB, semua tergolek dog jugak.  Paling teruk setakat ini, adalah MXN pesos (All time low!) diikuti oleh IDR (lowest since 2011) untuk emerging markets.

2.  Dasar Trump yang masih samar.

Satu dunia masih tertanya-tanya dasar ekonomi jenis apa yang akan dibawa oleh Trump.

Dan FYI, pasaran/pelabur memang tidak suka akan ketidakpastian.

Maka beramai-ramailah pelabur menjual bonds diseluruh dunia.

Pelabur/Spekulator mencairkan bond bond mereka untuk menunggu stimulus baru daripada kerajaan yang baru dipilih.

Lebih $1 Trillion telah ‘hilang’ dipasaran bonds sejak kemenangan Trump kelmarin.

Dan sememangnya telah berlaku global debt selloff sejak 2 3 hari ini.

 

Menggunakan MSCI, kita boleh dapati selain daripada negara Latin dan Mexico, negara yang terkesan daripada kemenangan Trump adalah emerging markets yang termasuklah Malaysia.

 

 

3. Stocks and Komoditi.

Apabila berlaku keputusan-keputusan diluar jangkaan seperti kemenangan Trump sebagai presiden US.

Biasanya, akan berlaku pelupusan ‘risky assets’ seperti saham dan komoditi minyak mentah oleh para pelabur kesan daripada sakit jantung tersebut.

Macam aku kata tadi, ketidakpastian/ketidak tentuan itu is a “no-no” dalam pasaran.

Jadinya kebanyakkan para pelabur telah ‘melarikan’ diri ke safe heaven assets seperti Yen, pasaran gold dan juga tak lain tak bukan USD!

Yang seterusnya menyumbang kepada kenaikan Indeks USD seperti di No 1

Kesannya, selepas kemenangan Trump kelmarin, harga crude telah turun lebih dari 5% keparas 44USD setong berbanding 46USD setong sehari sebelum itu.(49USD/setong pada 2 minggu lepas)

Dan malang buat Malaysia, para pelabur masih menggunakan matematik bila minyak jatuh, ringgit juga wajib jatuh.

Menambah luka, Opec juga kelihatan seakan akan telah mungkir janji untuk cut oil supply kerana till today supply makin meningkat hari demi hari.

Dah takde duit kot arab arab ni barangkali.

Indonesia tengah lead dalam kejatuhan di emerging markets Asia, IND Rupiah 2011 low.

4. Emerging market antara yang paling terkesan

Menggunakan MSCI, kita boleh dapati selain daripada negara Latin dan Mexico, negara yang terkesan daripada kemenangan Trump adalah emerging markets yang termasuklah Malaysia.

Kenapa terkesan? sebab ada ura ura Trump akan memperkenalkan polisi dagangan yang lebih ketat dan menguntungkan US daripada negara-negara dagangan seperti China, Mexico dan termasuklah kita, Malaysia.

This explains kenapa MXNP,HKD, TWD, KRW, CNY RMB,  semua tergolek dog jugak selain faktor seperti yang aku sebut di No 1&3.

Kalau perasan semuanya matawang dari negara yang boleh dikategorikan sebagai trading partner US.

Nota kaki: Tu belum lagi kalau kita ambil kira spills over dari trade chain reaction kalau Trump betul betul impose 45% more duti dagangan China di US macam yang dibawak dalam manifesto dia sebelum ini!

Apabila berlaku keputusan-keputusan diluar jangkaan seperti kemenangan Trump sebagai presiden US. Biasanya, akan berlaku pelupusan risky assets seperti stocks dan komoditi oleh para pelabur kesan daripada sakit jantung tersebut.

Kesannya, selepas kemenangan Trump kelmarin, harga crude telah turun lebih dari 5% keparas 44USD setong berbanding 46USD setong sehari sebelum itu.

5. Laporan Bank Negara

Yang ni mungkin memberi impak paling minimal berbanding sebab sebab diatas. Tapi worth to mention.

Harini, bank negara juga due untuk melaporkan data GDP, Factory output dan akaun semasa negara.

Macam biasa speculator akan amik peluang untuk speculate the currency.

Dengan keadaan ekonomi dunia sekarang, rumors untuk GDP itu menguncup paling senang digembar gemburkan.

Short MYR all the way then.

Kita ni negara kecil saja kawan.

Rajinkan sikit tangan mencari maklumat, bukak sikit minda.

p/s: Nak beli saham eksport pun tengok tengok juga, jangan silap bedal ye kawan-kawan. Pasaran saham bukan money changer.

Tulisan Diambil dari

FB : Khairul Azri AKA Thor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s