#TipsSifu : Apa beza SIMPANAN dan PELABURAN?

4-2-3-1-diamond-systemsAnggaplah perancangan kewangan kita seperti sebuah pasukan bola. Ada goalkeeper, ada defender, ada midfielder dan ada striker.

Goalkeeper dan defender inilah SIMPANAN.

Tujuan simpanan biasanya untuk hal jangka panjang, kecemasan dan persaraan. Ia MESTILAH CAIR. Mudah dikeluarkan.

Risiko tempat simpanan pula biasanya rendah.

Jadi disini, simpanan sesuai diletakkan di ASB, Tabung Haji, Unit Amanah berisiko rendah seperti bond fund, index fund, dan juga emas.

Untuk kecemasan, gunakan tiga penanda aras.

1) Penanda aras 3 bulan
2) Penanda aras 6 bulan
3) Penanda aras 18 bulan.

Cara memenuhkan tabung kecemasan ini secara terperinci diajar dalam bengkel DIY.

Kemudian, bahagian midfielder dan striker.

Ini barulah dinamakan Pelaburan. Semestinya kita boleh mengambil risiko yang lebih tinggi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Kebiasaannya tujuan Pelaburan adalah menggandakan kekayaan (Wealth Accumulation) yang ada.

Jadi kita boleh memilih Hartanah sebagai Midfielder kita dan mungkin Saham sebagai Striker kita.

Ada yang pandai berjual beli emas, boleh menjadikan emas sebagai pengganda kekayaan juga. Kelebihan emas yang boleh dipajak membuatkan peniaga emas boleh memaksimumkan pulangan daripada jual beli emas.

Dengan itu, portfolio kewangan kita lengkap dan teratur.

Dan jangan lupa untuk merancang SEDEKAH anda.

Sedekah adalah PENGADIL perlawanan. Sehebat manapun team anda, anda perlu tunduk kepada PENGADIL.

Sumber :

http://ezaz.my/beza-simpanan-dan-pelaburan/

 

Artikel Menarik :

1- #TipsSifu : Tips Membeli Rumah 

2- #TipsSifu : Pasang Aircond. Cara Mengira Kos Bayaran Aircond Bulanan

3- #TipsSifu : Apa Beza Pelaburan & Simpanan

4- #NasihatSifu : Apabila Berbual Dengan Kawan Kawan..

5- #SharingSegment : Pekerja Yang Datang Lambat, Tapi Superb Part 2  

6- #SharingSegment : Pekerja Yang Datang Lambat, Tapi Superb Part 1

7- Kisah Seorang Pendoa

8- Mr Vios Vs Mr Estima

9- Pelaburan Yang Memberi Kesan Pada Masa Panjang

10- Aset Terpenting Yang Tidak Di Sedari

11-Melaburlah Dengan Cemerlang

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s