Aset Terpenting Yang Tidak Di Sedari

Mansion

Mungkin Kita Tidak Sedar Setiap Seorang Dari Kita Telah Pun Memiliki Aset Terpenting Dalam Hidup. Walaupun, Mungkin Kita Masih Belum Punyai Rumah,Kereta, atau material material lain.

Kajian menunjukkan aset terpenting bagi satu individu dan juga merupakan aset terpenting untuk perancangan kewangan adalah earning power atau digelar sebagai Human Capital atau intelectual property.

Apa itu Earning Power/Human Capital/Intelectual Property?

Earning Power Adalah Skill dan kemampuan yang kita miliki untuk melakkan sesuatu perkara yang memberikan hasil yang mana orang lain sanggup membayar untuk mendapatkannya.

Mencipta Hari Esok Yang Lebih Baik

Perancangan Kewangan yang baik merupakan komponen yang penting dalam melakar peta dan garis garis kehidupan. Dengan Menaik taraf “Earning Power” Kita, insyaAllah hari hari mendatang akan lebih baik

Contohnya, Andainya kita adalah seorang cikgu, kemampuan kita adalah mengajar. Hasilnya, seorang murid untuk menjadi pandai. Dan skill dan kemahiran kita adalah macam mana kita menjadikan murid murid yang dari pelbagai latar belakang ini untuk menjadi pandai. Berapa cepat kita mampu memberikan hasil tersebut? Dan berapa ramai dari anak murid kita yang berjaya? Berapa Ramai dari anak anak murid kita yang dulunya gagal tetapi tidak lagi.

Dan inilah cikgu yang mana mana ibubapa pun sanggup bayar dan cari untuk menjadikan anak anak mereka insan yang lebih baik.

Nilai Diri Kita

Sekarang!! Nilai Diri kita, andai kita seorang cikgu, sejauh mana kita mahu bayar seorang cikgu seperti kita? Sanggupkah Kita menghantar anak kita kepada cikgu seperti kita?

Human Capital Dapat Di Bentuk

Setelah Kita Sedar di mana diri kita, maka kita tahu dari mana kita dapat bermula untuk penambahbaikan supaya human capital kita meningkat dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Bermula dengan perancangan kemana hala tuju kita. dan mulakan melangkah. Jangan sesekali mengharapkan masa depan yang lebih cerah andainya kita tak sekali pun cuba untuk mengasah skill dan kemampuan tersebut. Berhenti merungut dan mulakan kerja. Berhenti Salahkan Orang lain. Kita bukan ahli politik.

Kita juga tidak suka untuk membayar harga yang tinggi untuk seorang pekerja yang malas dan tak berapa nak pandai kan?

Semoga Artikel bermanfaat, saya menulis untuk diri sendiri sebenarnya 🙂

“Clinically Smart, Financially Educated”

Dr Azhari Hiddleston

MD(UKM), Registered OHD, CMIA, MRO

Lagi Artikel Menarik :

1- #TipsSifu : Tips Membeli Rumah 

2- #TipsSifu : Pasang Aircond. Cara Mengira Kos Bayaran Aircond Bulanan

3- #TipsSifu : Apa Beza Pelaburan & Simpanan

4- #NasihatSifu : Apabila Berbual Dengan Kawan Kawan..

5- #SharingSegment : Pekerja Yang Datang Lambat, Tapi Superb Part 2  

6- #SharingSegment : Pekerja Yang Datang Lambat, Tapi Superb Part 1

7- Kisah Seorang Pendoa

8- Mr Vios Vs Mr Estima

9- Pelaburan Yang Memberi Kesan Pada Masa Panjang

10- Aset Terpenting Yang Tidak Di Sedari

11-Melaburlah Dengan Cemerlang

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s