
Sebagai mana dalam krisis diallepo, dalam kewangan juga tidak terlepas dengan misleading dan disinformation. Niat asal penulis? WalluAlam.
Dalam pelaburan unit trust, kita harus tahu pelaburan adalah medium to long term iaitu sekurang2nya 3 tahun. Bukan pelaburan shortterm Kerana itu Membandingkan instrumen lain dengan Unit Trust dengan Mengambil return 1 tahun atau YTD perlu dipersoalkan.
Pelaburan yang patuh shariah tidah boleh menjamin keuntungan. Rugi pasti dan untung belum tentu. Kecuali sesuatu dana itu di jamin oleh kerajaan atau pelaburan tersebut tidak patuh shariah.
Sebab itu disebutkan past performance tidak akan menentukan future performance tetapi ini tidak bermaksud kita harus melabur dalam dana yg sudah bertahun2 rugi dan baru ditubuhkan.
Sebagai contoh seorang kawan saya melabur di beberapa dana baru dan ini adalah tahun ke empat ianya mengalami kerugian. Tidak termasuk trustee fee dan management fee. Saya menasihatkan dia untuk keluar kerana selain dari kerugian yang dialami, fund tersebut tidak memenuhi selera risk tolerance beliau dan pada umur muda sebegitu 70% portfolio beliau sepatutnya diletak ditempat lebih berisiko dengan keuntungan tinggi seperti equity fund. Pelaburan beliau sebanyak 5 angka tidak berbaloi diuruskan sebegitu. Sebab itu jugalah, pada usia muda pelaburan regular sebanyak rm 100 dan 200 di dalam dana equity sebenarnya peratusannya sangat sikit jika saya banding denga purata pendapatan pelabur2 saya sekarang.
Untuk makluman PMB shariah aggresive dan Eastspring Dana Ilham adalah contoh unit amanah jenis ekuiti yang terus dilaburkan dibursa saham.
Selain melihat past performance kita harus melihat kepada rating consistency dana pelaburan kita. Seperti contohnya Dana ilham mempunyai rating 4/5 untuk consistency pelaburan berbanding Public Islamic Oppurtunity Fund 3/5 dengan annualized return yg lebih rendah Dan dana ilham mempunyai rekod terbaik untuk 10 tahun. Bukan senang untuk untung secara consistent selam 10 tahun. PMB shariah aggresive pula mempunyai rating 1/5 tetapi risiko yang diambil berbaloi dengan annualized return dana tersebut.
Islam menyebut al ghunm bil ghurm atau bermakna keuntungan itu berkadaran dengan risiko yang diambil.
Benar untuk 1 year performance dan YTD kedua2 dana ilham dan PMB mengalami kemelosotan. Tetapi saya melihat ianya dalam julat yg masih boleh diterima. Saya secara personal melatak 10% untuk dana ilham dan 20% untuk PMB SAF mengikut volatility fund tersebut. Boleh semak di FAME sebagai bukti transparensi kami.
Perlu diingatkan Dana Ilham dan PMB adalah antara beberapa sahaja yg masih mengekalkan keuntungan untuk 5 years annualized return dikala dana2 lain secara istiqamah rugi.
Dato/datin/Dr/tuan/puan boleh memilih untuk .
1- keluar
2- simpan
3- tambah
Perlu diingat memilih untuk keluar sebelum tempohnya, objektif pelaburan tidak akan tercapai lebih2 lagi sebelum 3 tahun.
Paling tidak. Biarkan sahaja dana tersebut berkembang dan jgn usik sehingga matlamat pelaburan tercapai dan masanya sampai.
Dan ketika value unit rendah ini sebenarnya adalah masa terbaik untuk avarage down the loses n menambah pelaburan.
Sesiapa yang pernah follow FB Azhari Hiddleston akan dapati ketika PMB mengumumkan dividen, price unit berkurang dan saya terus menambah pelaburan di dana tersebut sebagai hint untuk soft buy call, hasilnya, portfolio saya perform 3% more than kawan2 lain yg menlabur dalam dana yg sama iaitu dana ilham dan pmb saf.
Akhir kata selamat tahun baru.
Semoga bersama sama mencipta pelaburan yg lebih baik.