Medical Standby ; Dr Bius. (Awas, Panjang !!)

team medical
.
Minggu lepas, saya sertai team medical standby, ikut hati macam tak pergi, tapi ust yg mengajar saya quran suruh..tak sedap pula nak tolak. hah !! terjujur pula :p
.
Kebetulan dalam group saya ada seorang Dr Bius yang sertai team TSI, yang baru sahaja lulus exam CUTE.
.
Saya tanyakan beliau beberapa soalan :
.
1- Nak sambung kepakaran?
2- Nak menjadi Financial Planner berlesen?
3- Adakah memilih bidang ini sebagai menambah side income?
.
Dan cadangan saya adalah mungkin terbaik untuk beliau lupakan sahaja. Kenapa?
.
1- Dr Bius memilih untuk menyambung kepakaran.
.
Sekiranya menyambung kepakaran klinikal, mungkin yang terbaik bukanlah untuk menyertainya bidang kewangan seperti menjadi UT consultant sahaja.Lebih baik fokus kepada kepakaran klinikal yang diinginkan. Masa lebih baik diletakkkan dan ditumpukan sepenuhnya untuk tujuaan itu.
.
2- Memilih menjadi Financial Planner, menuntut masa dan komitment berpanjangan. Mungkin Sepanjang Hayat. Ini kerana, FP bertanggungjawab untuk monitor portfolio pelaburan pelabur selama mugkin. Bukan Pelaburan sahaja sebenarnya tetapi kesihatan kewangan keseluruhannya.
.
Selain itu, perlu mengekalkan CPE dan CPD point yang turut memakan belanja, latihan dan masa yang banyak.
.
3- Menyertai bidang ini tidak berbaloi untuk seorang doktor untuk hanya untuk mendapatkan komisyen sebagai side income. Komisyen UT dengan margin yg kecik sangat tidak berbaloi sekiranya dibandingkan dengan part time lokum. Lebih lebih lagi dengan pengenalan fintech.
.
Daripada mengharapkan komisyen sebagi UT Consultant, ada baiknya pulun lokum selama beberapa tahun dan mulakan melabur untuk pasif income dan menambahkan kekayaan. Pastinya bayaran lokum lebih stabil dan lebih berbaloi berbanding menjadi UT Consultant biasa.
.
Untuk seorang client, seorang doktor mungkin memerlukan 1=2 jam untuk penerangan yang cukup jelas dgn komisyen yang tidak seberapa, ada baiknya sekiranya doktor tersebut fokus pada Lokum, Medical card dan life Takaful sebagi side income.
.
Tetapi pada pendapat saya memilih untuk melabur dalam hartanah atau apa intrumen dengan menggunakan kapital yang diperolehi dari locum, gaji dan insentif sebagai pakar adalah jauh lebih baik kerana tidak terikat dengan sesiapa berbanding menjadi Financial Planner, Unit Trust Consultant, Takaful Agent dan lain2.
.
###
.
Apapun ini sebagai pendapat sahaja, mungkin salah dan tidak tepat, boleh saja disanggah.
.
Sekiranya tetap berminat untuk menjadi pakar klinikal dan masih sahaja berminat untuk sertai. Istiqamahlah. Harapnya bukan separuh jalan.
.
Kepakaran klinikal lebih afdal daripada memilih bidang kewangan. Tak semua orang mampu mengharungi cabaran menjadi sekolah perubatan. Jika mampu sambunglah lagi.
.
Tentang portfolio sendiri, Doktor pakar lebih baik mendapatkan khidmat financial planner daripada terkejar2 mendapatkan lesen Financial Planner yang memakan ribuan ringgit juga masa.
.
###
.
Jadi kenapa saya memilih untuk aktif dalam industri Kewangan?
..
bersambung :

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s