New Bankruptcy Act pindaan berkuatkuasa 6.10. 2017 

Bankrap 1
(Selepas ini dirujuk sebagai akta insolvensi 1967)

Terdapat lapan (8) pindaan besar yang perlu kita tahu:-

1) Nilai minima untuk memulakan tindakan kebankrapan dinaikkan dari RM30,000 kepada RM50,000.

2) Perlindungan Penjamin Sosial. Penjamin sosial diberikan pelindungan mutlak (tidak boleh dibankrapkan) kerana tidak mendapat sebarang keuntungan atau faedah daripada pinjaman yang dibuat oleh peminjam. Contoh : Pinjaman Pelajaran dan Pinjaman kereta.

3) Terdapat mekanisme penyelamat sebelum seseorang dibankrapkan. Penghutang boleh berbincang dan berunding untuk penyelesaian sebelum dijatuhkan hukuman bankrap. Penghutang perlu memfailkan Penyata Hal Ehwal dan menyatakan jumlah Pemiutang yang ada. Perunding yang dilantik akan memfailkan Perintah Interim untuk penangguhan kes di Mahkamah selama 90 hari untuk berbincang dengan pihak Pemiutang. Peranan tersebut lebih kepada peranan seperti AKPK ketika ini.

4) Pelepasan Tanpa Bantahan Pemiutang. Sebelum ini, Penghutang tidak terlepas dari kebankrapan sekiranya mereka meninggal dunia, penjamin sosial, pesakit kronik atau OKU. Selepas akta ini dipinda, pelepasan tersebut tidak boleh dibantah oleh pemiutang.

5) Tabung Bantuan Insolvensi. Tabung Bantuan Insolvensi akan diwujudkan untuk tujuan menambahbaik dan memantapkan lagi pentadbiran kes-kes kebankrapan. Buat masa ini, perkara tersebut juga ada disebut di dalam Seksyen 77 tetapi seksyen tersebut dibaca sebagai “ Investment of surplus funds”.

6) Pelepasan automatik. Dalam pindaan baru nanti, orang yang bankrap boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal. Buat masa ini, orang yang bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Walaubagaimanapun, pelepasan ini tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-

a) Memenuhi sasaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi;
b) Sibankrap memfailan penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap 6 bulan; dan
c) Tertakluk kepada bantahan pemiutang untuk kesalahan di bawah s. 421-424 Kanun keseksaan dan lain-lain bantahan.

7) Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang perlu diserahkan secara penyampaian Kediri. Buat masa ini, tiada peruntukan di dalam Akta Kebankrapan. Ianya hanya ada di bawah seksyen 109 “Bankruptcy Rules”. Klausa ini bakal dimasukkan dalam Akta Kebankrapan.

😎 Sistem Satu Perintah Kebankrapan diperkenalkan.

Buat masa ini, terdapat dua (2) Perintah Kebankrapan iaitu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Orang awam ramai yang tidak tahu bahawa mereka telah bankrap kerana dalam tajuk Perintah tersebut tidak menyatakan bahawa mereka telah bankrap. Untuk memudahkan orang awam faham, selepas ini hanya akan ada satu perintah yang dikenali dengan perintah kebankrapan

Nukilan : Dato Syed Azimal
Sumber Grafik : Jabatan Insolvensi

Follow FB : Dr Azhari
Follow Official FB Page : Dr Azhari 

 

Bankrup 2

PMB SAF

Assalamualaikum,

Baru baru ini ramai yang bertanya kepada saya tentang Dana Unit Trust PM* Shariah Aggresive. Seperti namanya juga fund ini sangat aggresive. Membeli dana-dana yang undervalue dan menjual dengan cepat.

Fund PM* Shariah Aggresive ini sesuai untuk mereka yang mahukan Keuntungan tinggi dan mampu menghadapi risiko yang agak tinggi.

Fund ini melaburkan dananya di Bursa Malaysia dan merupakan Dana Tempatan.

Tahu tak, dana ini Tahun lepas, dana ini pernah mencatat annualized return sebanyak 14% untuk 5 tahun? menarikkan, jumlah dua kali ganda berbanding Tabung Haji. Adakah Tabung Haji tidak baik? Tak !! Tabung Haji mempunyai matlamat yang berbeza iaitu sipanan untuk menunaikan rukun Islam iaitu Haji.

Bagaimana pun, tahun lepas dana ini telah mengalami kerugian sebanyak 14.06%. Banyakkan? Tetapi jika melihat kepada keuntungan pada tahun tahun sesudahnya saya simpulkan dalam Gambar di bawah :

pmb-shariah-aggresive

Tetapi anda perlu tahu !! Pada awaltahun ini sehingga tarikh 3/3/17 Fund ini telah pick up sebanyak 10.11 %?

Sekiranya anda melihat pada tahun tahun terdahulu, seperti tahun 2014 dan tahun 2010, Fund ini meningkat dengan drastik, sperti tahun 2015 sebanyak 35.16% dan pada tahun 2013 sebanyak 47.91%. Gila kan!! Fund mana lagi yang dapat memberikan pulangan sebanyak ini?

Berbaloi sangat dengan risiko yang anda ambil !!

Azhari Zhahir
Financial Adviser Rep.
The Sophisticated Investor
019 6533321

BACA : Unit Trust, Apa yang perlu anda tahu…