5 FAKTA BERKENAAN PRS. YANG TERAKHIR TU RAMAI YANG TAK TAHU!

1. KENAIKAN INSENTIF

Kerajaan akan memberi kenaikan insentif PRS pada 2017-2018 daripada RM500 kepada RM1,000 bagi mereka yang berumur 20-30 tahun dan buka akaun PRS dengan jumlah minimum RM1,000.

Wow, dump RM1,000 dapat RM1,000? Keuntungan 100%!.

Melabur dalam saham pun belum tentu dapat keuntungan 100%, kalau kena caranya insyaAllah boleh dapat.

2.PENGECUALIAN CUKAI

Bukan itu sahaja, malah anda boleh dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM3,000 per individu. Jadi, manfaatkan peluang ini untuk menggandakan duit anda disamping dapat mengurangkan cukai anda.

3.AKAUN A & B

Jumlah pelaburan kita dalam akaun PRS terbahagi kepada dua iaitu Akaun A (70%) dan Akaun B (30%).

Akaun A hanya boleh dikeluarkan bila umur 55 sahaja atau bila dah bersara. Manakala Akaun B boleh dikeluarkan setahun sekali tapi akan dikenakan penalti sebanyak 8% daripada jumlah yang dikeluarkan.

4.APA ITU PRS?

Private Retirement Scheme (PRS) adalah instrumen pelaburan yang akan dilaburkan dalam dana amanah saham dan bertujuan untuk meningkatkan dana persaraan selain daripada KWSP.

5.HANYA 165 JUTA SAHAJA YANG DIPERUNTUKKAN

Jika sebanyak RM1,000 diberikan, ini bermakna hanya 165,000 orang sahaja yang akan dapat insentif ini. FIRST COME, FIRST SERVE!

Berdasarkan Institut Penyelidikan Pembangunan Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang berumur 20-30 tahun adalah sekitar 5.7 juta orang. Jadi, siapa cepat, dia dapat.

Berapakah keuntungan yang anda peroleh :

Umur : 24 tahun

Jumlah simpanan PRS : RM1,000 + RM1,000 (insentif kerajaan)

Kadar keuntungan PRS : 6% setahun

Ketika umur 55 tahun:

Jumlah keuntungan : RM10,176.20

Jumlah keseluruhan : RM12,176.20

– Nik Rafiq

Hubungi 019-65 333 21 untuk detail tentang PRS

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s