​KENAPA PELANGGAN SENYAP LEPAS BAGITAHU HARGA?

Soalan:

Saya dah berjaya dapat nombor telefon prospek yang berminat untuk tahu tentang produk.
Selepas saya bagi harga, prospek terus senyap.
(Bluetick di Whatsapp, tapi tiada respon).
Jawapan:
1) Kami pun sentiasa ada cabaran yang sama sehingga hari ini.
2) Ada terlalu banyak sebab yang boleh membuatkan prospek masih belum bersedia untuk respon kembali.
3) Satu daripada sebab biasa adalah TRUST & Value.
4) Apabila kita dapat peluang untuk berkomunikasi dengan prospek (yang belum pernah kenal kita), jangan gelojoh untuk cerita tentang produk.
5) Bina kepercayaan secara berperingkat dengan bertanyakan soalan yang memerlukan komitmen kecil.
6) Sebagai contoh, 
“Puan nak tahu tentang produk X kan? Saya suka untuk berkongsi manfaatnya pada puan. Tapi saya perlu pastikan puan sesuai atau tidak guna produk ini.
Soalan ringkas saya, puan memang ada masalah Y atau masalah lain yang berkaitan dengan masalah Y?
Kalau puan dapat spend time jawab soalan ini, maka saya berbesar hati untuk bantu.”
7) Contoh ayat di atas adalah cara berbual untuk dapatkan komitmen kecil daripada prospek.
8) Komitmen-komitmen kecil ini akan BESARKAN nilai KEPERCAYAAN.
9) Sentiasa ingat bahawa memperoleh peluang untuk berkomunikasi dengan prospek adalah peluang keemasan.
10) Jangan sia-siakan peluang itu dengan menjadi salesman yang gelojoh.
11) Pastikan kita berbual untuk memahami pelanggan. Bukan berbual untuk mengambil kesempatan.
Boleh tolong SHARE tip ini di FB anda? Supaya kita berdua dapat banyak manfaat dan pahala (Insha Allah) kerana sebarkan kebaikan kepada orang yang memerlukan.
Kreditkan saja nama Aqif Azizan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s